PERNYATAAN VISI
GROWTH AGENDA

Selamat datang ke group whatsapp GROWTH AGENDA. Anda sampai ke group ini kerana anda telah membuat keputusan untuk menyertai poknik membina jualan untuk produk EVOCUT  dan SKINNYSOAP.

Poknik nak rakan-rakan faham bahawasanya projek evocut dan skinnysoap ini bukan bertujuan untuk semata-mata mendapatkan jualan atau mendapatkan wang tambahan.

Kita buat projek ini sebagai satu kesinambungan kepada satu agenda. Dan agenda itu adalah GROWTH AGENDA

AGENDA untuk bertambah maju
AGENDA untuk bertambah tinggi kemahiran
AGENDA untuk mencapai satu kehidupan yang lebih baik
AGENDA untuk menjadi WINNER

dan menjadi kebanggan kepada diri sendiri
dan menjadi figura contoh untuk mata anak anak
dan menjadi pemangkin untuk kemajuan generasi dan warisan kita.

Ini bukan sembang kosong
ini adalah satu pernyataan cita cita.

dan jika rakan-rakan rasa pernyataan ini poyo, maka rakan2 boleh leave sebab poknik akan pergi sejauh mungkin untuk mencapai kegemilangan.

Evocut dan Skinnysoap adalah merupakan produk terbaru yang poknik gunakan untuk mencapai agenda ini.

dulu poknik guna DERMAGS. dan hasil dari menggunakan dermags untuk mencapai agenda ini, poknik telah berjaya capai 7 angka sebulan dan melahirkan 6 orang yang mencapai 6 angka sebulan serta berpuluh orang yang mencapai 5 angka sebulan.

melalui usaha dalam dermags juga poknik dan team berjaya setup beberapa bisnes untuk dijalankan. Sekarang ini poknik dan team sudah ada bisnes construction - bina rumah dan jual, renovasi dan lain lain. 

Kami juga kini sudah mempunyai travel agency sendiri. Untuk musim haji tahun 2019 ini kami membawa seramai 24 orang jemaah untuk pakej VIP haji yang bernilai RM60,000 seorang. Hujung tahun ini pula kami akan bawa jemaah untuk umrah pula.

Travel agency kami ini juga sudah pun berada di melbourne dan london, tapi buat masa ini masih tidak boleh beroperasi kerana setup belum siap.
.
INI SEMUA ADALAH GROWTH.
DAN INI ADALAH AGENDA UTAMA

agenda kita bukan untuk sekadar untuk dapatkan sales dan
membeli mercedes untuk melaram. Itu semua tidak menyeronokkan 

Growth adalah apa yang menyeronokkan dan poknik nak bawa rakan2 bersama dengan poknik 

Insyaallah poknik tak  berhenti setakat itu. Poknik nak pergi lebih jauh lagi dan poknik nak bawa rakan2 bersama dengan poknik

poknik harap poknik akan dapat bawa 10-15 orang yang sampai ke tahap ini hasil dari poknik cari beribu orang yang akan masuk belajar bersama dengan poknik.

poknik sangat berterima kasih kepada peluang yang telah diberikan kepada poknik semasa mengepalai marketing dermags dan hasil dari kerjasama dengan dermags, poknik telah berjaya capai banyak milestone.

Antara yang poknik paling suka ialah anak2 buah poknik yang berjaya mencapai satu kedudukan baru dalam hidup mereka dan yang terkini poknik berjaya membina satu kampus untuk membangunkan anak anak muda untuk menjadi usahawan berjaya.

Walaupun kampus itu masih kecil dan hanya memuatkan 11 orang anak muda yang bercita cita tinggi, satu hari nanti ia akan memuatkan 1000 orang manusia winners.  Tugas poknik hanyalah menjadikan diri poknik lebih baik supaya poknik cukup kuat untuk mengepalai askar yang seramai itu.

Lahirnya kem Anak Muda Hijrah Sebatang Kara ialah kebanggaan poknik. Dan ini lah yang akan menerajui susur galur bisnes poknik dan bisnes rakan-rakan selepas ini


PERNYATAAN MISI 
GROWTH AGENDA

Misi program Dropship With Poknik atau Growth Agenda ialah untuk melahirkan seramai mungkin usahawan berjaya melalui usaha membina infra bisnes yang berterusan.

Melalui misi ini peserta peserta poknik akan melalui syllabus latihan yang sudah disusun rapi dan akan dipantau oleh team poknik sendiri.


OBJEKTIF PROGRAM EVOCUT DAN SKINNYSOAP 

Produk Evocut dan skinnysoap akan digunakan supaya peserta program dapat membina infra bisnes yang boleh membawa mereka ke 7 angka sebulan insyaallah.
.
Misi 1.

Berjaya menjadi seorang pendiri bisnes yang mempunyai kemahiran individu yang tinggi.
kemahiran yang difokuskan pada peringkat ini
  • avatar study dan avatar targeting
  • product knowledge and management
  • conversion / closing 
  • organic and paid advertising
  • MILESTONE = RM10,000 sales monthly ( 40- 60 jualan sebulan)
  • target skills 
    • customer experience
    • customer loyalty
    • profit optimization
    • basic automation
Misi 2

berjaya scale up bisnes dengan menggunakan strategi customer base penetration dan leverage
  • paid advertising
  • hiring / penggajian pekerja
  • membina sales team (Target = 50 sales team)
  • troubleshooting sales problems
  • optimizing sales
  • developing management documentation
  • automation and CRM for task distribution
  • MILESTONE = RM50,000 sales monthly ( 200-300 jualan sebulan)
Misi 3

berjaya membina bisnes secara professional melalui persyarikatan dan good management practices untuk mencapai jualan 7 angka sebulan.
  • partnership program
  • Sdn Bhd with secretarial servicesl
  • branding initiative and brand development
  • MILESTONE = RM250,000 sales monthly ( menggunakan produk jenama sendiri)

PERINGATAN

jangkamasa untuk mencapai semua milestone ini mungkin mengambil masa 5-10 tahun dan rakan2 perlu berusaha kerasa secara konsisten untuk satu jangkamasa yang lama untk mencapai standard baru dalam kehidupan kita.

dalam tempoh 5-10 tahun ini, poknik dan rakan2 akan melalui satu journey yang amat perit kerana ktia terpaksa melalu pelbagai pengalaman dan pelajaran yang kadang-kadang mungkin menyakitkan.

rakan2 juga harus faham bahawasanya dalam tempoh 5-10 tahun ini mungkin kita akan berubah produk 3-4 kali sehinggalah rakan2 menjadi seorang produk owner dibawah bimbingan poknik.

Dulu poknik guna dermags dan kini dermags tidak lagi mampu membawa wadah perjuangan kita untuk membina infra bisnes kita.

Kini poknik akan gunakan evocut dan skinnysoap untuk membina infra bisnes untuk kita..

Insyaallah poknik dan team akan buat yang terbaik supaya evocut dan skinnysoap ini dapat bawa kita ke 7 angka tanpa kita perlu bertukar produk.
.
.
.
JOM SUCCESS!!










Comments

Popular posts from this blog